.: MUFFIN CIP COKLAT :.

sumber cik google
Bahan-Bahan :
  • ½ cawan mentega
  • ½ cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Mula-mula, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C.
  2. Kemudian, pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan.
  3. Secara manual masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul (bukan menggunakan mixer).
  4. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder dan diayak bersama.
  5. Campurkan susu segar dan semua bahan yang telah diayak tadi secara berselang-seli ke dalam adunan sehingga sebati.
  6. Setelah adunan kelihatan sebati, masukkan ke dalam piping bag.
  7. Paipkan adunan ¾ ke dalam cawan kertas dan hiaskan sedikit chip coklat di atasnya.
  8. Bakar selama 30 minit (bergantung pada saiz cawan kertas).

P/s : jika tidak mahu gunakan cip coklat sebagai hiasan, boleh juga hias guna cream mengikut citarasa.

No comments:

Post a Comment