MAKANAN BAIK YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN

Dalam Al-quran ada menceritakan beberapa makanan yang baik dalam ayatNya. Antaranya ialah...

1. madu lebah asli
Dalam sabda Rasulullah "barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu 3X (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk".
Sabda baginda lagi "barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit"


 - baginda Rasulullah suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk -

2. Za'faran
Dalam kitab yang menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab Tib Al-Imam Ali, m.s. 381, Saiyidina Ali (KW) menyatakan yang bermaksud "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya"


3.Saderi
Dalam kitab Tib Al-Nabi m.s. 47 Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s.)."

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps."

4.Cengkih
Dalam kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 Imam Ja'afar Al Sodiq (R.H.) (guru kepada Imam Abu Hanifah R.H.) pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir yang bermaksud "Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq): "Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami?"

Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata: "Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."


5.Kurma
Nabi Muhammad SAW bersabda "rumah yang tiada kuma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".


6.Kismis
Dalam kitab Tib Al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, m.s. 241 menyebutkan yang bermaksud, Imam Al-Zuhri berkata "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)."

 Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit, menghilangkan bau hidung serta mulut.


7.Lubban (Getah Pokok Frankincense)
Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tib Al-Nabawi m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (R.D.), Anas (R.A) dan Saiyidina Ali (K.W.) Maksudnya: "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (K.W.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayyidina Ali (K.W.) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan."


8.Habbatus sauda'
Di antara sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Daripada hadis Abi Salamah (R.D.) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati."

Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)
.

9.Hindiba'
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut. Sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga."

 Kenyataan kebaikan hindiba' oleh ulama perubatan Islam terkenal zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq (83-148H): "Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka." Mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.

 Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H): Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: "Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan (kemerahan kerongkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar terpilih untuk mengatasi masalah kelemahan di perut."

 Khasiat hindiba' menurut ulama perubatan Islam Ibnu Qayyim Al-Juziyah (691-751H), dalam kitabnya Tib Al-Nabawi m.s. 368, beliau mengatakan, maksudnya: "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin)."


10.Zaitun
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda "makanlah minyak zaitun, dan sapulah ke kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."

 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat 70 (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."


11.Buah tin
Boleh menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.


12.Buah delima
Nabi saw bersabda "Sesiapa yang makan satu buah delima sampai habis, maka Allah akan menerangi hatinya selama 40 malam."

 khasiatnya melancarkan peredaran darah, kesuburan bagi perkahwinan, baik bagi ibu mengandung, pencegahan serangan jantung, kanser dn strok.


13.Anggur
mampu mencegah penyakit kanser prostat, kardiovaskular dan penyakit stroke.


14.Bawang putih
digunakan secara tradisional untuk memanaskan badan, membuang gas, menggalakkan pengeluaran air mani dan mencairkan balgham.


15.Biji sawi
Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit.


16.Kayu sugi

17.Buah pokok bidara

buah, daun dan kayu pokok ini bermanfaat untuk tujuan perubatan dan daunnya selalu digunakan untuk memandikn jenazah.


18.Halia
membantu penghadaman dan memanaskan badan. dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.


19.Halba
mengubati masalah sakit kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik), jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).


20.Pisang
2 biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. sarapan pagi dengan makan pisang boleh mengelakkan banyak penyakit dan mudah lawas.


21.Cendawan
menyembuh sakit mata

22.Kacang dal
menguatkan ingatan

* makan daging di bahagian tengkuk binatang (yang halal).
* makan roti.
*banyakkan membaca ayat-ayat Al-kursi.

No comments:

Post a Comment