BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,
nescaya terpelihara dari godaan dan
gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca
sebanyak 50 kali
di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.
di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya
permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh
makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik
keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari
tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin
akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat
dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat
Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang
tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya
Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca
sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa
membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya
hingga ke subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika
si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith
yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya akan terpelihara dari kekerasan sarakatul-maut, dan Allah sendiri yang
mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad
beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.
mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya
1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,
dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Mengunci rumah dengan ayat Kursi
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan surah
Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum
meninggalkan rumah.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum
tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
SURAH AL-BAQARAH - Ayat 102
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80 - 81 sebanyak 10 kali
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH
AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang
mungkin selama 3
hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan
sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah
ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia
tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala
bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia
akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu
beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.
Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan
para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan
dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus
perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai
atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 - 129 semasa berjumpa.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil,
nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa
membaca ayat 64
dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini,
pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat
dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak
11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari
kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya
Allah akan mengurniakan
kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA'D
(Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya
akan sembuh.
SURAH
IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan
terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang
selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat
80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki
yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Dan ibu-ibu yang
hamil amalkan membaca surah ini mudah-mudahan akan dipermudahkan
ketika melahirkan anak.
SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang
siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan
dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21
kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas
dan akalnya akan sempurna.
Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21
dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang
dimaksudkan.
Surah Thaahaa -
Ayat 1-5 - Anak2 malas sekolah
Surah Thaahaa -
Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil supaya suami tak kawin lain
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 - Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 Anak2 lembut hati/ elak panas baran
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH
AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang
siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,
nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28
dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan
terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum
sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu
dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke
atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
SURAH
AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang
siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri
dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan
cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya,
nescaya ia akan terhindar
dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.
Surah Ar Ruum Ayat 31 - Baca 33x - Bg anak2 yg suka keluar malam
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama
dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari
surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang
baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60
hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH
SABA
Dengan
membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari
rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati
perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang
lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas
pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar,
agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa
membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya
sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya,
nescaya dosa kedua
ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali
ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam
itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia
akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika
ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya
keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di
dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda
sekalian.
Menghilangkan rasa
takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 dan 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat
42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.
insyaALLAH jika kita amalkan. selamat beramal.
No comments:
Post a Comment